Thursday, May 4, 2017

KERJA

Assalamualaikum w.b.t ....

Kerja ? zaman sekarang susah nak cari kerja yang pangkat sesuai dengan kelayakan diri. Zaman sekarang susah nak cari tempat kerja yang gajinya memang bersesuaian dengan kelayakan yang ada.  Zaman sekarang memang susah nak cari tempat kerja yang mengikut kemahuan diri.
Namun diri ini harus bersyukur dengan kerja dan gaji yang dimiliki.  Sentiasa mensyukuri dengan rezeki dan nikmat yang diberikan.  Setiap insan yang ada di dunia mempunyai rezekinya yang tersendiri.  Mungkin hari ini rezeki yang diperolehi itu sedikit.  Namun dengan usaha, doa dan tawakal serta tidak mengharapkan apa-apa hikmah, sedikit demi sedikit akan ada rezeki yang melimpah ruah buat diri anda.  Ya Allah, kau limpahkanlah rezeki buat para pembaca ini ibarat air sungai yang sentiasa mengalir tanpa henti. Ameen

No comments:

Post a Comment